Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke blog "memahami kanak-kanak". Sebagai seorang guru baru banyak perkara yang perlu dikaji terutama kanak-kanak. Mereka merupakan generasi akan datang yang mewarnai pelbagai corak di masa hadapan. Guru merupakan pemangkin kepada kejayaan mereka...

Wednesday, December 9, 2009

Kanak-kanak hyperactive...

Kita seringkali beranggapan kanak-kanak yang hyperactive agak nakal & lasak....Tapi tahukah anda kanak-kanak hyperactive ini mempunyai otak yang sangat cerdas kerana dia sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu & tidak bolem duduk diam walaupun hanya seminit.....

Dalam situasi dunia pendidikan..sebagai seorang guru ini merupakan antara cabaran dalam pengajaran & pembelajaran...Jom bersama saya meneroka isu kanak-kanak yang sebegini & cara penyelesaian di dalam kelas...

Sepanjang dalam dunia baru pendidikan ini masalah utama yang mengganggu dalam keberkesanan proses P&P ialah masalah penumpuan murid. Elemen penumpuan begitu penting dalam dunia pendidikan.Tetapi, sekiranya pelajar tidak dapat memberi tumpuan pada apa yang diajar semasa di dalam kelas, skala bagi tidak memahami isi pelajaran adalah begitu besar. Isu ini mungkin agak asing bagi sesetengah ibu bapa tetapi bagi ahli pendidik dan kaunselor ia adalah isu yang perlu dipandang berat.

Oleh yang demikian, saya harus mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan murid kurang memberi penumpuan. Memang tidak dapat dinafikan strategi dan aktiviti yang menarik secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah ini.
Tetapi, menurut Azizi Yahya walaupun strategi dan aktiviti yang menarik dapat dilakukan oleh guru tersebut, fokus bagi kanak-kanak kebiasaannya hanya 10 minit. Ini kerana punca penyakit ini sukar dikenal pasti. Apatahlagi adakalanya sindrom ini gagal dikesan pada peringkat awal. Hasil kajian mendapati, antara punca pelajar bermasalah memberikan penumpuan dalam sesi pembelajaran sehingga wujudnya gangguan adalah disebabkan oleh sindrom hiperaktif.

Sindrom Attention Deficit (Hyper active) Disorder ataupun ADHD adalah sindrom baru yang hangat dibincangkan pada masa kini. Sindrom ini berkenaan kes kanak-kanak ataupun remaja yang mengalami gangguan ataupun susut penumpuan dan menggabungkan unsur-unsur kurang daya perhatian, terlalu agresif, cepat terpengaruh, membisu dan mempamerkan pelbagai karakter. Terdapat ibu-bapa ataupun guru tidak menyedari kanak-kanak itu adalah ADHD dan mengambil jalan mudah apabila kanak-kanak didapati menumbuk rakan, mengusik teman hingga menangis, memanjat pgar ataupun almari sekolah dan memukul haiwan. Seandainya tanda-tanda awal ini terus dibiarkan, kanak-kanak itu berpotensi menjadi remaja yang hiperaktif.

Pada pemerhatian umum, kanak-kanak yang terlibat didapati seolah-olah bertindak melulu kerana tidak sanggup menunggu ataupun tertangguh pada perkara yang menjadi kesukaannya.
Menurut Azizi Yahya lagi, antara tanda-tanda yang dapat dikesan daripada kanak-kanak ataupun remaha AHDH adalah:

•Kurang penumpuan dan enggan fokus pada beberapa perkara. Pelajar sebegini tidak berminat dengan perkara penting. Contohnya, mereka lebih suka memandang ke luar apabila guru sedang mengajar.

•Terlalu agresif yang menyebabkan mangsa kelihatan tidak berdisiplin

•Tidak menjadi pendengar yang baik.

•Tingkah laku impulsif serta perlu memenuhi kehendaknya dengan segera dan tidak boleh menunggu giliran dalam permainan, menggangu dan mencelah perbualan orang lain.
•Gagal menyelesaikan tugasan yang diberikan.

•Memilih membentuk kumpulan dan mengusik rakan-rakan lain.

Secara biologinya, kewujudan ciri-ciri hiperaktif disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan, mengakibatkan tindak balas otak ke atas otot dan fungsi anggota badan. Umumnya, kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang dikenalpasti terbabit dalam kumpulan ini kerana kecenderungan kuat ke atas pengambilan gula-gula, makanan rapu dan makanan ruji tanpa kawalan dan perhatian ibu bapa. Antara punca lain yang turut dikesan sebagai punca ADHD adalah:-

1. Faktor genetik
Antara impak yang dikenalpasti adalah pembentukan saraf otak secara tidak normal dan mengakibatkan ketidakseimbangan antara organ, darah dan saraf. Dalam banyak kes klinikal, ketidakseimbangan ini diolah melalui faktor genetik yang menghasilkan ketidakstabilan perubahan ataupun penyusutan dalam perubahan saraf yang mengandungi bahan kimia agen pembantu pembentukan sifat dalam otak.

2. Pengambilan dadah ataupun ubat yang berlebihan.

3. Kemalangan semasa ibu mengandung.

Kesimpulan ; Topik ini penting bagi para pendidik supaya mereka dapat memberangsang & mengekalkan rasa ingin tahu dan minat pelajar dalam mata pelajaran. Aplikasi penumpuan dalam proses p&p adalah:

•Rangsangan Persepsi: Menyediakan keghairahan keidakkongruenan dan ketidakpastian. Contohnya guru menyediakan gambar yang tidak lengkap ataupun kotak yang tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal.

•Rangsangan Inkuiri: Simulasi rasa ingin tahu dengan mengajukan soalan taupun masalah bagi diselesaikan. Contohnya, guru menyampaikan satu senario masalah dan mengarahkan pelajar melakukan percambahan idea.

•Ransangan kepelbagaian: Memasukkan beraneka jenis kaedah dan media bagi memenuhi kehendak pelajar yang berbeza. Contohnya selepas menyampai dan meneliti isi pelajaran di OHP, pelajar menjalankan perbincangan dan latihan dalam kumpulan koperatif.

Maklumat lanjut tentang kanak-kanak hyperactive sila klik link dibawah :
http://home.hamidarshat.com/PERKEMBANGAN%20KANAK-KANAK.htm

No comments:

Post a Comment