Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke blog "memahami kanak-kanak". Sebagai seorang guru baru banyak perkara yang perlu dikaji terutama kanak-kanak. Mereka merupakan generasi akan datang yang mewarnai pelbagai corak di masa hadapan. Guru merupakan pemangkin kepada kejayaan mereka...

Tuesday, December 8, 2009

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak


Sebagai seorang guru secara amnya dan sebagai seorang ibu atau bapa secara khususnya kita hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur. Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti 9 keinginan asas kanak-kanak antaranya:

  1. Keinginan untuk bergerak.
    Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain & melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.
  2. Keinginan untuk berjaya & diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.
  3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.
  4. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.
  5. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.
  6. Keinginan untuk meneroka. Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.
  7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
  8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.
  9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan & ingin mengembangkan kefahaman & ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
Maklumat lanjut mengenai kanak-kanak sila klik disini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak

No comments:

Post a Comment